Tadi aku bosan giler.. aku sekarang ni dalam menjalani cuti sem aku. Dalam tak tahu nak buat ape tu tibe- tibe je terlintas dalam fikiran ni nak makan kek coklat lembap. Terbayang- bayang dalam kepala ni rupa and bentuk kek tu..amat menyelerakan..
![]() |
| Aummmm... |
Aku pun ape lagi, terus je masuk dapur and intai bahan- bahan cukup tak..Alhamdulillah cukup. Yesss...aktiviti aku pun bermula.... dekdekdekdek
KEK COKLAT LEMBAP
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula (dikisar)
1 cawan air sejuk*
5 biji telur ayam (gred A)
250 gram butter
1 camca baking powder
1 camca soda bikarbonat
3 camca susu pekat ( dibancuh dgn air sejuk)*
1 camca essen vanila
Cara-cara:
- Tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di ayak bersama- sama.
- Putar butter bersama gula yg telah dikisar hingga menjadi kembang dan berwarna putih gebu.
- Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis.Putar lagi sehingga bahan-bahan tadi menjadi lebih kembang dan sebati.
- Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan air sejuk yg telah dibancuh dgn susu pekat tadi.Putar sehingga sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus di dalam bekas kukusan di atas dapur gas.
Topping:
- 1/2 cawan coco vanhauten
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu besar minyak masak
cara-cara membuat topping:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dgn api yg perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yg telah sejuk.
Then, pandai-pandai lah korang deco atas kek tu yee..
![]() |
| Ni lah hasil yg aku dapat.. tak berapa cantik tp rase memang dahsyat.!! I'm not lying on you..please trust me. bye and Assalamualaikum. |


No comments:
Post a Comment